KERAJAAN MELAYU MELAKA
POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PENGAJIAN MALAYSIA)
NAMA AHLI KUMPULAN
1.MOHAMAD FIRDAUS BIN A.LATIF 16DET16F1051
2.MOHAMMAD AKMAL BIN MOHAMMAD REDZO 16DET16F1049
3.MUHAMAD ZUL AZRI B. MD ZAIN 16DET16F1060
4.MOHAMAD NAZRIN BIN SAARI 16DET16F1015
5.MUHAMAD NUR NAIM BIN MANSOR 16DET16F1012
PENGENALAN
· Bermula dengan kehadiran Putera Raja dari Palembang iaitu Parameswara yang terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14.
· Beliau melarikan diri setelah ditumpaskan lalu mencari perlindungan di Temasik pada ketika itu dikuasai oleh Siam.
· Setelah diusir oleh Siam pada 1396, beliau dan pengikut-pengkiutnya melarikan diri ke Muar dan kemudian ke Sungai Ujong sebelum singgah ke Bertani berdekatan dengan muara sungai Melaka.
· Melalui peristiwa pelanduk dan anjingnya yang dilihat oleh baginda semasa berehat dibawah pohon yang diberi nama Melaka dan kawasan yang strategik,maka Parameswara telah menamakan tempat sebagai Melaka.
· Beliau telah mengisytiharkan dirirnya sebagai Raja.
· Beliau melaksanakan pemerintahan Negeri Melaka berasaskan sistem pemerintahan kerajaan Srivijaya.
PERKEMBANGAN EMPAYAR MELAKA
· Apabila membuka penempatan di Melaka. Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan Antarabangsa. Namun, Negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat.Justeru, sesebuah kerajaan dianggapberuntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.

· Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403, seorang duta telah tiba di Negara China, iaitu Yn Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara.Situasi ini membuktikan pengiktirafan Negara China terhadap Melaka. Maharaja Yung Lo iaitu Maharaja Negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang dating dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi.
· Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke Negara China . Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahannya (Parameswara) dibatalkan sebagai raja. Pada tahum 1409,
Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah Raja atau ‘Yang di-Pertuan’.
· Apabila pemerintahan kerajaan Melaka mula memeluk Islam, pemerintahannya digelar ‘Sultan’ dan ‘Shah’ .
· Sistem pemerintahan disebut ‘ Raja Mutlak’ yang bermaksud raja tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat.
· Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan peraturan menghakimi perbicaraan ,mengawal keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protokol dan adat istiadat Istana.
· Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama, iaitu bendahara, penghulu bendahari, temenggung dan laksamana.


RAJA
· Mengetuai pentadbiran pusat dan wilayah serta dibantu oleh pembesar-pembesar iaitu Bendahara,Penghulu Bendahari, Temenggung, Hulubalang Besar, Laksamana dan Syahbandar.
· Ketua Negara dan pemerintah tertinggi. Raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan ketua agama Islam.
· Raja berkuasa menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah.
· Raja berkuasa menggubal undang-undang untuk mengukuhkan kedudukan raja dan rakyat tidak boleh mempertikaikannya.
BENDAHARI
· Merupakan menteri utama.
· Bertindak sebagai penasihat kanan Raja.
· Menjadi pemangku Raja semasa ketiadaan Raja.
· Bertindak sebagai ketua hakim sekiranya Raja tiada.
· Berperanan sebagai pemilih dan pelantikan Raja.
LAKSAMANA
· Laksamana merupakan pahlawan dalam peperangan terutama di laut.
· Digelar ‘raja laut’
· Mengikuti semua pahlawan kerajaan
· Bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi serta menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan.
TEMENGGUNG
· Berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang-undang ,peraturan negeri dan keselamatan
· Beliau juga digelar sebagai ketua polis Negara.
· Dalam soal adat istiadat, beliau bertindak sebagai ketua protokal.
BENDAHARA MELAKA
Senarai Bendahara yang telah mentadbir empayar Melaka.
· Seriwa Raja (bapa Tun Perak) 1445
· Tuan Ali 1445-1456
· Tun Perak 1456-1498
· Tun Mutahir 1500-1510
· Paduka Tuan 1510-1511
Bendahara merupakan satu yang penting dalam pentadbiran empayar Melaka . Menjelang abad ke-15 Melaka menjadi sebuah kuasa terunggul dan pusat perdagangan yang terbesar diseluruh kepulauan Melayu, di bawah kepimpinan Bendahara Tun Perak.
MELAKA SEBUAH KERAJAAN AGUNG
· Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan ,kawalan jajahan dan undang-undang.
· Kedudukanya yang strategic dan menjadi pusat perkampungan semua saudagar dari Timur dan Barat. Misalnya, dari Negara Chins, India, Timur Tengah, Asia Timur dan kepulauan Melayu.
· Melaki menjadi pusat penyebaran agama Islam .
· Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh Sultan serta rakyatnya.
· Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak Istana.
· Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.
FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
FAKTOR SEMULA JADI DAN FAKTOR GEOGRAFI
· Kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan dipengaruhi oleh kedudukan geograinya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdangangan Antarbangsa dan sekali gus berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama dunia.
· Kedudukan Melaka di Selat Melaka menjadi satu kelebihan kerana selat ialah sebuah lorong sempit yang mesti dilalui oleh semua pedangang untuk ke mana-mana destinasi.
· Kelebihan ini ditambah pula dengan kedudukan selat Melaka yang strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung tiupan angin kencang
· Kemasyuran perdagangan Melaka juga dipengaruhi oleh kekayaan sumber asli persekitaran.
· Sumber ini meliputi hasil-hasil hutan seperti kayu-kayan yang berpotensi dalam penghasilan kayu wangi, dammar dan rotan.
· Pelabuhan Melaka juga menikmati kelebihan kerana semenanjung Tanah Melayu kaya dengan sumber galian, khasnya emas, bijih timah dan lain-lain.
· FAKTOR EKONOMI
· Melaka dilimpah kemewahan barang-barang dagangan dari Negara luar.
· Kekayaan hasil serantau seperti rempah , hasil rotan, kayu dan damar menjadi barang dagangan yang penting ketika itu.
· FAKTOR POLITIK DAN PENTADBIRAN
· Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap terutama dengan penglibatan orang laut dan tokoh-tokoh kerajaan.
· Kewujudan sistem undang-undang laut Melaka banyak membantu kerajaan mengekalkan keamananya hokum kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.
PERKEMBANGAN MELAKA
| Sultan Melaka | Tempoh memerintah |
|---|---|
| Parameswara (Raja Iskandar Shah) | 1400 – 1414 |
| Sultan Megat Iskandar Shah | 1414 – 1424 |
| Sultan Muhammad Shah | 1424 – 1444 |
| Sultan Abu Syahid | 1444 – 1446 |
| Sultan Muzaffar Shah | 1446 – 1456 |
| Sultan Mansur Shah | 1456 – 1477 |
| Sultan Alauddin Riayat Shah | 1477 – 1488 |
| Sultan Mahmud Shah | 1488 – 1511 |
Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
ISLAM DI MELAKA
Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah ;
- Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.
- Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka.
- Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.
- Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah.
- Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.
![]() |
Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
- Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
- Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
- Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
- Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.
- Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
- Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
- Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.
PENGAJARAN
1. Bangsa Melayu perlulah bersatu dengan sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain dalam pelbagai aspek.
1. Bangsa Melayu perlulah bersatu dengan sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain dalam pelbagai aspek.
2. Kita perlulah memperbaiki setiap kelemahan dengan menanam nilai-nilai murni dalam diri masyarakat melayu.
3. Kita hendaklah mengekalkan penggunaan Bahasa Melayu yang digunakan pada Zaman Kegemilangan Melaka sebagai bahasa penghantar.
4. Kita hendaklah mencontohi kepimpinan para pemimpin Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah, Tun Perak dan Bendahara Tun Ali dan banyak lagi untuk mencapai kejayaan sesebuah negara.
5. Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar yang mempunyai niat jahat terhadap negara kita.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan dapat dijelaskan bahawa zaman kesultanan melayu melaka menjadi titik tolak yang penting ini bermulanya era perkembangan pendidikan kerana kemahsyuran melaka sebagai sebuah institusi pendidikan awal pada masa itu.Ini dapat dilihat melalui bukti-bukti yang telah menjadi sumber rujukan pertama seperti Batu Bersurat , aktiviti perdagangan(sukatan & timbangan), sistem mata wang dan perkembangan agama Islam (tulisan jawi) dan lain-lain . Selain itu, kita semua tahu parameswara merupakan seorang pemerintah yang berwawasan dan bijak dalam mengatur strategi untuk memajukan kerajaannya. Oleh itu, kegigihan dan kebijaksanaan parameswara patut dijadikan iktibar bagi semua terutamanya bagi remaja di luar sana agar dapat menjana pembangunan insan yang lebih cemerlang dan terbilang.Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, adalah penting untuk kita
sebagai rakyat Malaysia yang merdeka untuk memahami dan menghayati
tentang kewujudkan tentang kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika
dahulu. Melalui pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang
wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Selain
itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri - negeri Melayu yang lain
membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan tersendiri.
Generasi kini makin lupa betapa pentingnya pengetahuan
yang ditinggalkan kepada kita sejak dari zaman sejarah kegemilangan
Melaka.
Oleh itu, generasi muda haruslah menghayati dan menghargai sejarah
Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.
RUJUKAN
INTERNET
1.http://cikgungasri.blogspot.my/2012/03/menurut-cerita-sewaktu-parameswara.html
2. http://kmmpmdub1012.blogspot.my/search?updated-min=2015-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2016-01-01T00:00:00-08:00&max-results=8
3. https://prezi.com/m-rb9fehgjyb/huraikan-pengajaran-yang-dapat-diambil-daripada-kerajaan-kes/
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka






No comments:
Post a Comment